| Tarikh | : 04 Januari 2019 |
| Masa | : 8.00 pagi – 12.30 tengahari |
| Lokasi | : Pusat Internet Bunut Payong |
| Tujuan | |
|
Pada 4 Januari 2019 (Jumaat), Pusat Internet Bunut Payong telah mengandjurkan program Hari Jom SIhat Bersama Pusat Internet Bunut Payong yang dirasmikan oleh Encik Abdullah bin Mohd Zin (Pengerusi PI Bunut Payong).Turut diiringi bersama ialah wakil dari Klinik Kesihatan Kota Bharu dan Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. Majlis ini turut dihadiri oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa PI Bunut Payong dan komuniti-komuniti setempat. Majlis ini bermula pada jam 8.00 pagi dengan pendaftaran pengunjung yang hadir serta pendaftaran bagi menyertai aktiviti yang disediakan. Antara aktiviti menarik yang diadakan adalah Pertandingan Mewarna, Jom Gosok Gigi , Kuiz Kesihatan Online dan cabutan bertuah bagi pengunjung yang hadir pada majlis tersebut. Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan booth pameran daripada agensi kerajaan seperti Jabatan Kesihatan Kota Bharu dan Sains Pergigian Universiti Sains Malaysia yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada pengunjung. Diharapkan program Jom SIhat Bersama Pusat Internet ini, mencapai objektif dimana ianya bertujuan memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat, mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk oenjagaan kesihatan dan persekitaran bersih serta mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat |