Produk Tempatan

KAKYAH GORENG PISANG LUNDANG

Kak Yah Pisang Goreng(Aneka) Lundang  terletak di tepi Pusat Internet Bunut Payong, di Kampung Lundang, Jalan Sultan Yahya Petra merupakan kedai tarikan penduduk setempat dan penduduk bersebelahan kampung pada sebelah petang.

Sabariah Binti Shafie adalah merupakan pengasas Pisang Goreng(Aneka) dimana ianya menyediakan menu untuk makanan santai petang. Perniagaan ini dimula kan sejak 10tahun yang lalu dan ianya menjadi sumber utama pendapatan Puan Sabariah dan suaminya.

Premis Kakyah Pisang Goreng dikenali dengan menu pisang goreng pelbagai jenis pisang, ubi, serta tapai. Selain itu juga, menu cekodok campur atau nama gelaran nya “Jeput Malah” merupakan menu yang paling laris dijual disebabkan dengan resepi tersendiri nya. Sos nya juga dimasak sendiri oleh pemilik nya setiap hari untuk menghasilkan gabungan menu dan pencicah yang sedap dimakan oleh pembeli nya.