Produk Tempatan

KEDAI KOPI POK SAN

Kedai Kopi Poksan terletak di tepi sebelah kanan Pusat Internet Bunut Payong, di Kampung Lundang, Jalan Sultan Yahya Petra merupakan kedai tarikan penduduk setempat, pekerja berdekatan dan penduduk bersebelahan kampung pada sebelah pagi dan petang.

Mayorsuria Binti Hassan adalah merupakan penyabung warisan perniagaan bapanya yang membuka kedai pada tahun 90an lagi. Kedai ini  menyediakan menu untuk makanan nasi berlauk dan pelbagai kuih muih sebelah pagi dan makanan santai petang. Perniagaan ini dimula kan sejak 25 tahun yang lalu dan ianya menjadi sumber utama pendapatan Puan Mayorsuria dan ahli keluarganya. Kedai ini diusahakan bersama adiknya, adik ipar dan suaminya.

Kedai Kopi Poksan ini dikenali dengan menu Nasi Dagang gulai serati pada setiap hari Jumaat. Selain itu juga, menu seperti karipap goreng panas merupakan menu yang dijual disebelah petang. Kedai ini juga menjadi tumpuan penduduk setempat untuk membeli ikan segar dari Tok Bali pada sebelah petang.