PUSAT EKONOMI DIGITAL ( PEDi ) BUNUT PAYONG
==========================================================================================================================
SELAMAT DATANG DI PORTAL PUSAT EKONOMI DIGITAL ( PEDi ) BUNUT PAYONG
PENGENALAN
Pusat Ekonomi Digital ( PEDi ) Bunut Payong , Kota Bharu mengucapkan Selamat Datang kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. Pusat Jalur Lebar Komuniti merupakan program usahasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan TM Berhad yang bertujuan merapatkan jurang digital dikalangan komuniti setempat. Bagi menjayakan projek ini, MSD Digital Intelligence diberi mandat untuk melaksanakannya.
PEDi adalah antara projek yang terawal di bawah inisiatif Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di mana PEDi yang pertama telah dibina pada tahun 2007. Projek ini telah membawa impak sosial dan juga ekonomi kepada masyarakat. Dilengkapkan dengan komputer meja serta perkakasannya beserta dengan capaian internet jalurlebar, PEDi juga menawarkan peluang-peluang latihan berkaitan ICT yang dikendalikan oleh dua orang penyelia sepenuh masa di PI tersebut.
Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat adalah inisiatif Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang dilaksanakan bagi mencapai objektif utama berikut:
- Menyediakan capaian komunikasi kepada kumpulan & individu di kawasan kurang liputan
- Meningkatkan penggunaan ICT di kalangan komuniti ke arah pembangunan sosio ekonomi masyarakat setempat
- Merapatkan jurang digital.
LOKASI

PETA LOKASI PUSAT EKONOMI DIGITAL BUNUT PAYONG
Pusat Ekonomi Digital Bunut Payong terletak di Jalan Masjid Lundang, daerah Kota Bharu. Lokasi berada di laluan antara Lundang dan Telipot , terletak kira-kita 600 meter dari Sekolah Kebangsaan Lundang dan 3 km dari Bandar Kota Bharu. Kawasan Pusat Ekonomi Digital Bunut Payong juga terdekat dengan kedai makan tarikan orang ramai iaitu “Nasi Kak Wook Original”
SASARAN PENGGUNA
Sasaran pengguna adalah dari semua golongan sama ada pelajar, dewasa, warga emas, suri rumah dan golongan bekerjaya atau yang belum mendapat pekerjaan, kerana Pusat Ekonomi Digital dibangunkan bagi memudahkan penduduk setempat khususnya di Kg.Bunut Payong , menikmati kemudahan yang yang disediakan oleh Kerajaan. Dengan kapasiti kependudukan sekitar 1600 orang. PEDi Bunut Payong mensasarkan keahlian dari Jabatan Kerajaan, murid sekolah. guru-guru dan belia serta penduduk setempat. Sejak PEDi beroperasi awal Ogos lalu, PEDi Bunut Payong telah mencapai 70 orang ahli.
KEAHLIAN
Untuk menjadi Ahli Pusat Ekonomi Digital ( PEDi ), yuran keahlian seumur hidup dikenakan RM5.00 akan dikenakan. Borang keahlian boleh didapati melalui Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi Bunut Payong. Keistimewaan menjadi ahli bukan hanya cas perkhidmatan Internet adalah lebih murah, tetapi lebih bermanfaat di mana ahli PEDi akan berpeluang menjalani Kursus berkaitan ICT secara percuma.
PETUGAS – PETUGAS PEDi BUNUT PAYONG
PENGURUS
NAMA : MUHD DZUL HILMI BIN HANAFI
NO.TELEFON : 01112189587
EMAIL : am.kgbunutpayong@gmail.com
PENOLONG PENGURUS
NAMA : WAN MUHAMMAD ARIF LUQMAN BIN WAN NOR AZUAN
NO.TELEFON : 0129693687
EMAIL : am.kgbunutpayong@gmail.com
