mcmc
Rekreasi & Pelancongan

Pelancongan

  • TEMPAT TARIKAN PELANCONG DI KOTA BHARU YANG BERDEKATAN DENGAN PI1M

Percutian dan kunjungan anda ke Kelantan tidak lengkap jika anda tidak mencuba sarapan pagi atau breakfast di kedai yang popular dari kalangan penduduk setempat.

Ruangan kali ini penulis sediakan senarai tempat mashur yang ‘evergreen‘ untuk bersarapan pagi di sekitar Kota Bharu, Kelantan.

Mungkin agak janggal bagi anda kerana sarapan pagi di Kelantan menyediakan menu yang ‘berat’ seperti nasi kerabu, nasi berlauk ayam dan pelbagai lagi. Sebenarnya, inilah tradisi orang Kelantan yang dahulunya perlu makan pagi dengan menu yang sebegitu untuk keluar bekerja menggunakan kudrat fizikal. Yang pasti, sarapan pagi di Kelantan adalah satu nikmat yang mesti dirasai oleh semua terutamanya jika anda yang bercuti di Kelantan.

Tempat sarapan di sini walaupun nampak biasa-biasa sahaja, orang berpusu-pusu datang di waktu pagi kerana citarasa orang Kelantan yang  menggemari makan pagi yang kena dengan selera lebih-lebih lagi rasa masakan yang serba lengkap, suasana kekampungan dan juga kedai yang mempunyai keunikannya tersendiri.

Kedai makan Kopitiam Kita boleh dikategorikan kedai sarapan pagi yang paling top di Kota Bharu. Sebabnya, kedai ini mengumpulkan kesemua nasi berlauk Kelantan yang popular di sekitar Kota Bharu dan dihimpunan di sini. Kiranya, macam menjadi one stop center mengumpulkan nasi terbaik dari kalangan terbaik. Di sini anda boleh menikmati pelbagai jenis nasi dan menu seperti Nasi Air Dingin, Nasi Kak Wok, Nasi Tumpang Kubang Pasu, nasi lemak dan banyak lagi. Menu lain yang disediakan ialah Roti Titab dengan telur masak separuh iaitu menu asal kedai ini. Orang-orang ternama dari kalangan VIP, tokoh politik, artis, pemain bola sepak dan ramai lagi telah berkunjung di sini dan anda boleh saksikan sendiri senarai gambar golongan ternama yang pernah singgah bersarapan di sini.

Menu popular: Roti Titab, Roti Stim , Nasi Air Dingin, Nasi kak Wok, Nasi Tumpang dan lain-lain.

            Kedai Nasi Kak Wok antara kedai turun temurun yang popular di Kota Bharu dan ianya terletak di sebelah PI1M Bunut Payong. Menunya simple sahaja, iaitu nasi berlauk ayam goreng atau ayam gulai. Tetapi, yang membezakannya adalah pada rasa ayam goreng berempah yang dipotong kecil-kecil dan juga rasa gulainya yang pasti membangkitkan selera serta ditambah sambalnya yang sedap. Disebabkan kemashurannya sejak turun temurun, sudah banyak cawangan yang bertebaran di Kelantan. Ada yang diusahakan sendiri oleh waris Kak Wok, malah ada juga pengusaha yang menggunakan nama Kak Wok untuk melariskan kedainya. Jadi, jika anda ingin mencuba nasi Kak Wok, pastikan ke kedai yang asal atau ke kedai cawangan original.

Menu popular: Nasi berlauk ayam oreng

Alamat: Asal (Jalan Lundang, belakang KBMC), Cawangan (Kubang Kerian -Depan USM)

Nasi ayam kampung telipot merupakan nasi Nasi lauk ayam kampung goreng madu dengan gulai.

Melihatkan nama kedai ini, semestinya ia mempunyai keunikannya tersendiri yang menjadi mashur di kalangan penduduk setempat dan orang lama di Kelantan. Pokloh Milo Tunggeng ini adalah kedai kopi lama yang menuangkan milo dengan cara tersendiri iaitu tanpa menggunakan sudu dengan menunggeng tin milo tanpa membuka penutup. Orang Kelantan ada juga panggil milo ketuk iaitu mengetuk tin milo supaya milo keluar ke dalam cawan. Kuantiti milo yang dibancuh adalah 2-3 kali ganda lebih banyak dari kedai lain. Suasana warung ini masih mengekalkan ciri-ciri warung desa. Menu yang disediakan pula ada nasi berlauk popular di sekitar Kota Bharu dan juga roti bakar atau telur masak separuh. Jika ingin merasai suasana klasik sarapan di Kelantan, berkunjunglah ke warung Pokloh Milo Tunggeng.