mcmc
Maklumat NADI

Sejarah

KG BUNUT PAYONG

Bunut Payong merupakan sebuah Mukim di Daerah Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan dan terletak tidak jauh dari pekan Wakaf Che Yeh, iaitu salah satu pusat perniagaan yang masyhur di Bandar Kota Bharu. Bunut Payong terletak dalam Parlimen P 021 Kota Bharu. Mukim – mukim lain di daerah Kubang Kerian ialah Demit, Kenali , Langgar, Lundang, Telok Baru, Wakaf Stan, Chicha, Wakaf Siku, dan Pulong. Terdapat sebanyak 131 mukim kesemuanya di jajahan Kota Bharu

 Kampung Bunut Payong sekarang adalah terletak dalam Daerah Kubang Kerian. Mengikut Sejarah, pada umumnya asal Kampung ini adalah entiti sebuah perkampungan kecil yang terletak ditebing muara Sungai Lundang atau sekarang digazet rasmi sebagai Sungai Lubuk Mulong yang merupakan jalan perhubungan utama masyarakat dahulu kala menghubungkan Kuala Kemenyan (Laut) disebelah timur dengan Sungai Kelantan disebelah barat. Batas sempadan asal Kampong Bunut Payong ini bermula dari Cabang Sungai Lubuk Mulong di belakang Sekolah Kebangsaan Bunut Payong di timur dan menganjur sepanjang kawasan tebing Sungai hingga ke sempadan Kampong Paloh disebelah barat. Cabang Sungai tersebut adalah merupakan batas sempadan asal antara Kampong Bunut Payong dengan Kampong Lundang yang terletak disebelah timur Kampong Bunut Payong.

 Salasilah nama kepada Kampung Bunut Payong ini mempunyai pelbagai versi, namun satu versi yang paling tua adalah dikatakan ia diperoleh namanya disebabkan terdapat banyaknya Pokok Bunut yang tumbuh dikampong tersebut sehingga dikatakan keseluruhan Kampong tersebut hampir teduh kerana dipayungi oleh pokok bunut berkenaan. lalu disebabkan faktor inilah kampong ini beroleh nama Kampong Bunut Payong. hingga sekarang pokok bunut ini masih lagi terdapat dikampong tersebut khususnya dibahagian asalnya diantara sekitar kawasan Jambatan Bunut Payong di Jalan Kuala Krai.